Monday, 6 July 2015

MamaPride - Seluar Bersalin

Salam..

Sejak tahu ttg seluar bersalin MamaPride (fb page: https://www.facebook.com/MamaPride2014) ni, Atie mmg dh pasang niat awal2 akan beli seluar ni sbg satu kewajipan utk persediaan hari bersalin nanti.. suka dgn tagline MamaPride.. Maruah.Elegan. Taqwa. Cinta .. Atie tggu saat plg sesuai bila mana ada promosi dari MamaPride, dari harga asalnya RM119, Atie sempat menikmati harga promosi iaitu RM99 sepasang.. bila tgk webiste MamaPride & menghubungi nombor HQ, rupa2nya HQ di Kelantan.. so Atie try hubungi salah seorang agen Kota Bharu yg berada di Bachok, Syakir namanya (019-9009321 @ 013-9681563). Atie sms Syakir & request warna Maroon.. alhamdulillah ada readystock & minta dia COD ke Darul Hana'.. Inilah rupa seluar bersalin MamaPride warna maroon Atie:



PRODUCT DESCRIPTION

Seluar Mamapride adalah seluar yang digunakan untuk meminimakan aurat yang terdedah semasa prosedur kewanitaan (berkaitan sakit puan) dijalankan.
Tanpa MAMAPRIDE, pendedahan bagi menjalani prosedur di kawasan “perineum” adalah dari pinggang ke bawah hingga kaki.

Kini, dengan adanya seluar MAMAPRIDE, kawasan yang perlu didedahkan hanyalah
kawasan Perineum sahaja bagi menjalani prosedur bersalin, PAP Smear dan
sebagainya.

Pilihan Warna (8 warna):
1. Comfort Blue
2. Elegant Black
3. Harmony Green
4. Lime Green
5. Lovely Pink
6. Maroon
7. Purple
8. Tangerine Orange 

Saiz (ukuran pinggang): 

L: 38"
XL: 40"
XXL: 42" 


Kelebihan MamaPride:

1. Patuh Syariah

Dalam penghasilan seluar bersalin Mamapride, kami mendapatkan khidmat nasihat dari pihak Mufti untuk memastikan yang aspek syariah tidak dikompromi.

2. Kajian Saintifik

Kami bukan sahaja mendapatkan khidmat pakar sebagai rujukan kami, bahkan seluar ini diuji pakai terlebih dahulu untuk memastikan ianya bukan sahaja selesa tetapi paling penting ; menepati garis panduan perubatan.

3. Suci Bersih

Seluar bersalin Mamapride boleh dipakai bila-bila masa tanpa perlu melakukan cucian terlebih dahulu. Ini kerana kami telah pun membasuh seluar ini untuk anda.

4. Maruah Ibu
Seluar ini menutup peha, betis dan lutut ibu yang sering terbuka semasa proses melahirkan anal. Sekaligus menjaga maruah seorang wanita muslim.

5. Ruang Syntometrine
Ini adalah keistimewaan seluar bersalin Mamapride yang mana ianya mempunyai satu ruangan untuk suntikan Syntometrine. Ruang ini akan memudahkan jururawat untuk melakukan suntikan tanpa perlu mendedahkan peha wanita.

6. Inovasi Murni
Seluar ini merupakan satu inovasi baharu yang mempunyai tujuan yang murni. Ianya melalui proses perbincangan yang cukup terperinci sebelum dihasilkan.


Tahukah Anda?

MamaPride adalah Seluar Bersalin #1 Di Dunia Yang Menutup Peha, Betis dan Lutut Semasa Bersalin.
Seluar bersalin #mamapride mempunyai bukaan untuk injek syntometrine.
Jadi kaum wanita tidak perlu membuka seluar sekaligus melindungi anggot badan anda.

Kenapa nak tutup? 
Semasa proses melahirkan anak, seringkali wanita terpaksa mendedahkan sebahagian anggota badan yang tidak perlu didedahkan.
Lutut, Betis dan Peha adalah bahagian yang tidak perlu dipertontonkan semasa melahirkan anak.
Sangat tidak selesa jika bukan muhrim melihat bahagian badan isteri kita.

“Dulu ibu-ibu yang mahu bersalin terpaksa mendedahkan aurat mereka atas alasan darurat…sebab tiada alternatif. Sekarang hukum darurat itu sudah jatuh sebab kita sudah ada seluar bersalin,” itu penjelasan seorang doktor perubatan,
-Dr Mashitah Mohd Locman-
Nak tahu lagi tentang #mamapride?
Buka laju laju http://mamapride.com.my

Amalan menyambut kelahiran atau prosedur pemeriksaan vagina dan menyambut kelahiran di Pusat-pusat Kesihatan dan Hospital Kerajaan biasanya mendedahkan aurat, iaitu bukan sahaja bahagian kemaluan yang perlu diperiksa, bahkan keseluruhan peha dan betis (keseluruhan kaki) yang tidak diperiksa.
Sememangnya, selagi tiada kaedah atau cara terbaik bagi menjaga aurat pesakit bagi memeriksa kawasan “aurat” ini, maka, Islam menganggapnya sebagai suatu “Darurat” yang di benarkan. Namun, usaha bagi menghasilkan kaedah pemeriksaan yang lebih murni dan sesuai dengan suruhan Islam bagi menjaga aurat perlu dilakukan. Inilah Fardhu Kifayah kepada kita sebagai umat Islam, apatah lagi bagi mereka yang berada di bidang kesihatan.
Namun, sebarang penyelesaian yang dikemukakan, perlulah juga mempertimbangkan kemudahan para doktor, jururawat dan bidan untuk menjalankan prosedur.
Bertitik tolak daripada itu, kami memulakan proses diskusi dengan pihak perubatan dan agamawan untuk mencari satu solusi yang sesuai. Hasil daripada perbincangan itu, lahirlah satu idea untuk menghasilkan pakaian (seluar) khas, yang membolehkan si ibu melahirkan anak dengan selamat, dan selesa serta memelihara aurat (keseluruhan kaki). Pakaian tersebut juga tidak menghalang untuk sebarang prosedur biasa dijalankan.
Dan seluar itu dikenali dengan nama Mamapride.
Seluar bersalin Mamapride melindungi bahagian peha,lutut dan betis ibu daripada terdedah semasa proses melahirkan anak. Sekaligus memberikan rasa selesa kepada ibu untuk bersalin kerana aurat dan maruah mereka dilindungi.

F.A.Q

APAKAH ITU MAMAPRIDE?

Mamapride adalah penjenamaan yang didaftarkan di bawah My IPO bagi produk yang dihasilkan oleh Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad.

APAKAH ITU SELUAR MAMAPRIDE?

Seluar Mamapride adalah seluar yang digunakan untuk meminimakan aurat yang tersedah semasa prosedur kewanitaan (berkaitan sakit puan) dijalankan.
Tanpa MAMAPRIDE, pendedahan bagi menjalani prosedur di kawasan “perineum” adalah dari pinggang ke bawah hingga kaki.
Kini, dengan adanya seluar MAMAPRIDE, kawasan yang perlu didedahkan hanyalah kawasan Perineum sahaja bagi menjalani prosedur bersalin, PAP Smear dan sebagainya.

ADAKAH SELUAR INI TELAH DIPATENKAN?

Ya. Seluar ini telah difailkan Patentnya di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

SIAPAKAH DISEBALIK PENGHASILAN MAMAPRIDE?

Mamapride adalah idea asal Prof Dr Harmy Mohamed Yusof.
Idea tersebut telah dibangunkan bersama dengan sebuah tim yang terdiri dari wakil Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia, Persatuan Kemahiran Wanita Kelantan, Urusetia Pembangunan Wanita Keluarga dan Ksesejahteraan Kerajaan Kelantan, dan Kopersai Amal Medik Malaysia Berhad.

SUDAHKAN MAMAPRIDE DIUJI?

Ya. Semasa Mamapride dibangunkan, ia telah diuji di dua pusat bersalin iaitu Gombak Medical Centre, Selangor dan Pusat Perubatan An-nisa’, Kelantan. Hasil ujian tersebut, MAMAPRIDE telah dibaiki lagi dan dipastikan tidak mengganggu prosedur perubatan.

ADAKAH MAMAPRIDE BOLEH MENYEBABKAN PENCEMARAN NAJIS DAN LELEHAN SEMASA BERSALIN?

Mamapride dihasilkan bagi mengelakkan pencemaran najis dan lelehan. Bagi memastikan hal ini dipenuhi, penghasilannya mempunyai ciri berikut:
a. Bukaan perineumnya adalah berbentuk Heksegon. Ini memberikan ruang kerja optima dan mengelakkan pencemaran najis/lelehan.
b. Perlekatan penutup perineum (Gambar 2) dibahagian belakang dibuat tinggi. Oleh yang demikian, semasa dalam keadaan berbaring, bahagian bukaan boleh dipastikan melepasi rectum dan mengelakkan terkena najis.
c. Seluar ini dihadkan penggunaan untuk persendirian sahaja seperti dalam panduan pengguna.
d. Seluar ini dibasuh sebelum dibungkus.
Adakah seluar MAMAPRIDE boleh digunakan di hospital kerajaan dan swasta?
Seluar ini dijangka mendapat pelbagai reaksi dari pengguna dan pekerja kesihatan terutama yang bukan beragama Islam.
Oleh yang demikian, Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad merancang membuat penerangan kepada Hospital-hospital secara berperingkat.
Terdapat beberapa wakil ahli koperasi dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina yang telah membantu untuk penerangan ini.
Sehingga kini seluar ini telah digunakan oleh ibu-ibu di beberapa pusat seperti berikut:
1. Hospital Universiti Sains Malaysia
2. Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.
3. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.
4. Hospital Temerloh.
5. Hospital Ipoh
6. Gombak Medical Centre
Terdapat juga pihak menunjukkan minat bagi seluar ini seperti:
1. KPJ Health Care
2. Pusat Rawatan Mahsuri Kedah Darul Aman.

Sunday, 5 July 2015

Shopping Dress di Milkwithlove

Salam..

Hari ni register account dgn Milkwithlove & terus order 3 pcs maternity/nursing dress & cardigan ni..

1. Atiya Dual Way Dress



♡ Material Moss Crepe yg jatuh terletak dan sejuk
♡ A-cut yg kembang, flowy dan tidak melekap
♡ Boleh digayakan kedua belah depan dan belakang dengan warna yg berbeza
♡ Selesa dipakai ketika hamil, menyusu dan selepas tempoh penyusuan
♡ Bukaan menyusu selak bersama pelapik dikedua-dua belah untuk memelihara aurat ketika menyusu
♡ Tidak perlu bazir masa menggosok
♡ Opacity: 75%

Price: RM149.00

Size:




2. Wafa Dress

♡ Material Baby Silk yg SEJUK, FLOWY dan TIDAK MELEKAP
♡ Dress kelihatan seperti memakai kebaya memberikan illusi langsing
♡ Kemasan French Lace yang MEWAH dihadapan baju
♡ Bukaan menyusu ‘Jacket Opening’ tanpa butang/zip. Dapat menyusu dgn pantas tanpa nursing cover
♡ Ironless. Tak perlu bazir masa IRON

Price: RM189.00

Size:




Bukaan menyusu: "Jacket Opening" style

video

3. CardiLatch Raya Cardigan



♡ Material cotton stretchable yg lembut dan sejuk. Sangat sesuai untuk bayi.
♡ Kemasan Lace Lembut di pergelangan tangan
♡ 1 size muat untuk semua
♡ Butang boleh laras, mudah untuk disematkan di bahu ketika menyusu dgn sebelah tangan
♡ Tangan bebas bergerak ketika menyusu

Price: RM89.00

Size: free size

video

Total belian 3 item ni = RM427.00 (free shipping) .. huhu quite mahal sebab beli time xde promosi.. terpaksa beli sbb baju lain dh x muat nk bawa pi keje... akan look out for next promotion..insya Allah..

Saturday, 4 July 2015

Nursing Kurung Mysara by D'zara Style

Salam...

Hari ni beli 2 pasang baju kurung Mysara dari D'zara Style .. Atie beli baju kurung Kod #MY002 (Dusty/Shrimp Pink) & MY008 (Cream):





 🎀🎀 KURUNG MYSARA

💟 Material : Heavy Dull Satin + Vietnam Silk
💟 Nursing friendly : 2 zip kiri dan kanan

Price: RM129.00 free postage

Size: SS, S, M, L, XL, XXL, XXXL
*refer table measurements



Harga for both : RM258, tp Atie dpt beli dgn harga RM255 (free postage)