Sunday 29 January 2012

The Meaning of Make Up to Me

Salam.. hari ni Atie nk join GA dari NARU yg akan tamat hari ni, 29 Jan 2012... tgk hadiahnye dulu ye:


ohh.. a Small Make Up Case .. ^_^



Berbeza dari GA lain, Naru nk kita buat satu entry bertajuk "The Meaning of Make Up to Me"...and surprise...i don't like make up..WHY?? sebab Atie x pandai nk make-up huhu...sadis x? by the way bila tanya psl make-up ni, Atie teringat pada Feb 2006, Atie temankan kawan Atie, namanya Hanifah utk bljr di kelas make-up anjuran kosmetik Kanebo International di Kuantan. Masa tu Hanifah bakal berkahwin pada Jun 2006. Haha...and FYI, that was my 1st time Atie di make-up kan ;p here are some pics yg Atie jumpa after godek2 dlm file lama:

hmm...i think i just like my natural look before make-up ... 
Then, my 2nd time was only a year after, 2007 masa my engagement (Oct 2007) .. itupun mmg light sgt hinggakan x nmpk pakai make-up pun dlm pic... and once again, i hate make-up huhu...

with my brother
and finally....guess what...it was year 2008 in which i put my make-up on & it was the last time i kene make-up...ye lah, waktu my wedding mmg adatnya kene make-up walaupun i looked so different with the make-up...byk kali gak lah mak andam betulkan make-up sbb i nk yg natural giler... FYI, there were 3 different person yg make-up Atie during the occasion: waktu nikah (24/3/2008), waktu majlis belah perempuan (5/6/2008) & waktu reception (8/6/2008) ...


as a conclusion, i just like my natural look...


but... i need to post this video as a guide if one day i have to put some make-up hehe... 
just for my husband laa... ;p


PANDUAN BERHIAS DALAM ISLAM 
ADAB BERHIAS DIRI MENURUT ISLAM
Mandi: Mandi merupakan salah satu penjagaan kesihatan diri yang dianjurkan dalam Islam. Firman Allah bermaksud:… dan sesunggunya jika kamu berhadas maka bersucilah… (al-Maidah:6) Hukum mandi terbahagi kepada dua:
1. Mandi Wajib: Jika berhadas besar sama ada disebabkan persetubuhan, haid, nifas ataupun kematian.
2. Mandi Sunat: Seperti Mandi sunat hari Jumaat, Hari Raya, mandi selepas memeluk Islam dan mandi biasa yang diniatkan untuk membersihkan diri dengan tidak membazir air.
Gosok gigi: Suatu amalan yang dititikberatkan dalam Islam. Sabda Rasulullah saw bermaksud:  “Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah saw bersabda: Jika tidak memberatkan umatku, nescaya aku menyuruh mereka menggosok gigi setiap kali hendak solat”
Pakai bau bauan: Bagi kaum lelaki, hukumnya sunat apabila hendak ke Masjid. Manakala kaum wanita yang hendak keluar rumah atau berhadapan dengan bukan muhrim, haram memakai bau-bauan yang berlebih-lebihan yang boleh menarik perhatian mereka.
Sikat rambut: Suruhan membersih, menyikap dan memakai minyak rambut adalah jelas dalam Islam. Suatu ketika seorang pemuda hendak berjumpa dengan Rasulullah saw dalam keadaan rambutnya tidak terurus. Pemuda itu diminta mengemaskan rambutnya terlebih dahulu sebelum beliau dapat berjumpa dengan Rasulullah saw.
Potong kuku, cabut bulu ketiak dan bulu ari-ari: Tujuan Islam menyuruh umat Islam memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan bulu ari-ari ialah untuk menjaga kebersihan. Jika seseorang menyimpan kuku panjang ia merupakan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam kerana memberi kesan kepada pelaksanaan wudhu’.
Menghias muka: Allah swt telah menghiasi muka manusia dengan bulu kening dan bulu mata untuk menambah kecntikan seseorang sebagaimana firmannya dalam surah At-Tin yang bermaksud: “Sesungguhnya kami (Allah) menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baik kejadian”. Oleh itu setiap manusia wajib menjaga mukanya mengikut kehendak Allah dan Rasul-Nya. Sebarang perbuatan untuk mengubah suai anggota badan seperti mencabut atau mencukur bulu kening untuk menarik perhatian orang adalah haram.
Cara berpakaian: Umat Islam diharuskan memilih pakaian yang sesuai untuk menutup aurat. Seorang sahabat yang sangat suka berpakaian cantik telah menemui Rasulullah saw kerana beliau takut termasuk dalam perbuatan takbur. Lalu Rasulullah saw menegaskan bahawa menyukai pakaian cantik tidak tergolong dalam takbur bahkan ia adalah suatu  yang disukai Allah swt kerana Allah swt indah dan sukakan keindahan.

No comments:

Post a Comment